Monday, February 12, 2018

PUFF PASTRY CINNAMON ROLLS


Assalamualaikum,

Sebelum kita mula berkongsi resepi puff pastry cinnamon rolls, apa kita berkongsi dahulu tentang bebeerapa kelebihan bersedekah.

1. Memperkuat keimanan dan mendekatkan diri dengan Allah.
2. Mendapat ganjaran pahala.
3. Menambah rezeki dan mendapat keberkatan.
4. Menyembuhkan penyakit.
5. Memberi ketenangan hati dan kebahagiaan.
6. Melahirkan rasa syukur.
7. Terhindar dari sifat kedekut.


“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali dari bisikan-bisikan orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian diantara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kami akan memberinya pahala yang besar.”  (Surah an-Nissa:114)


PUFF PASTRY CINNAMON ROLLS

Bahan-bahan:-

Puff Pastry - jenama Kawan
Butter
Cinnamon powder + brown sugar

Cara-cara:-

Sapukan puff pastry dengan butter


Taburkan campuran cinnamon powder dan brown sugar


Gulung puff pastry tadi. Potong gulungan puff pastry tadi.


Susun di atas dulang pembakar. Bakar dalam oven selama lebih kurang 10 - 15 minit.

Sunday, February 11, 2018

FISH & CHIPS




sabar itu separuh dari iman


Assalamualaikum,

Sebelum berkongsi resepi iaitu Homemade Fish & Chip, hari ni saya berkongsi dahulu tentang kelebihan orang-orang yang sabar.

Pertama: Diampunkan Dosa Untuknya

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslirn)


Kedua: Allah merasa malu kepadanya Semasa Dineraca Timbangan Dan Membuka Catatan Untuknya Di Akhirat 


Berkata Anas ra. bahawasanya Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Allah telah berfirman:

'Jika Aku menimpakan suatu mushibah ke atas salah seorang hamba-Ku pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima mushibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau membuka buku catatan amalnya.” (Hadis riwayat Qudha’i, Dailami, Hakim dan Tirmidzi) - hadis qudsi.



Ketiga: Allah SWT Ingin Mendengar Sendiri Ucapan Hamba Yang Di Uji-Nya

(mukmin tersebut sentiasa memuji-muji kebesaran Allah SWT dengan dia bersabar dan tidak mengeluh)
Berkata Abu Umamah ra. bahwasanya Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Allah telah berfirman: 'Wahai malaikat-ku. Pergilah kepada hamba-Ku, dan timpakan ke atasnya bala'. Maka para malaikat pun menimpakan bala ke atasnya dan orang itu memuji Allah. Para malaikat lalu kembali mengatakan, 'Wahai Tuhan kami ! Kami telah menimpakan atasnya sebagaimana yang Engkau perintahkan'. Berfirman Tuhan: 'Kembali semula kepadanya, Aku ingin mendengar apa katanya'.” (Hadis riwayat Thabarani) - hadis qudsi.


Keempat: Dibebaskan Dari Seksa Api Neraka

Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya ia bersama dengan Rasulullah SAW menjenguk orang yang sakit kerana demam, lalu Rasulullah SAW. bersabda maksuanya : “Bergembiralah, kerana Allah telah berfirman: 'Itu adalah api-Ku, yang Aku kuasakan terhadap hamba-Ku yang mukmin di dunia agar menduduki (sebagai pengganti) bagian apinya di akhirat'.”

(Hadis riwayat Ibnu Majah) - hadis qudsi.

 
 Kelima: Diberikan Kesihatan Yang Lebih Baik Dari Sebelumnya
Dari Abu Hurayrah r.a., bahwasanya Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Berfirman Allah Ta’ala: 'Apabila Aku menimpakan bala ke atas hamba-Ku yang mukmin, lalu ia bersabar (atas penderitaan itu), tiada ia mengadu atau mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya, nescaya akan Aku lepaskan dia dari tahanan-Ku (penderitaan itu), kemudian Aku tukarkan dagingnya dengan daging yang lebih baik, dan darahnya dengan darah yang lebih baik, sehingga ia dapat bekerja semula (yakni: setelah semua dosa dan kesalahan yang lalu Allah ampunkan semuanya)'.”


SEMOGA MEMBERI MANFAAT



FISH & CHIP 

Bahan-bahan:-

Kepingan ikan dowry secukupnya
1 biji telur
Sedikit terpung gandum 
Sedikit tepung jagung
Garam
Lada hitam - ditumbuh halus
Bread crumb
Minyak untuk menggoreng

Fries - digoreng
Hirisan timun
Hirisan carrot

Cara-cara:-

1. Bersihkan fillet ikan dowry, pastikan kering. Jika tak kering nanti ikan akan terlalu lembik dan tidak masak
2. Celupkan ikan dowry ke dalam campuran tepung jagung dan tepung gandum yang telah dicampurkan dengan garam dan lada hitam.
3. Tepuk-tepuk sedikit.
4. Celupkan pula ikan dowry ke dalam telur dan kemudian ke dalam bread crumb.
5. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Angkat





Saturday, February 10, 2018

MAKARONI KEJU



Assalamualaikum,

Sedap....sedap....tak sempat sejuk....makaroni bakar ni selamat masuk dalam perut hubby dan anak-anak. Alhamdulillah, saya suka tengok mereka makan dan memang rasa puas....hilang rasa penat di daput....Yang paling penting...IKHLAS memasak dengan perasaan KASIH SAYANG.

Resepi ini saya perolehi dari blog Azlita yang memang sentiasa menjadi rujukan saya. Terima kasih Kak Ita.

MAKARONI BAKAR
(Rujukan : Azlita Masam Manis)

Bahan-bahan
200 g makaroni - direbus  lembut, toskan 
250g daging cincang - saya gunakan jenama RAMLY
1 tangkai cili merah, dihiris 
1 tangkai cili hijau, dihiris 
50 g cendawan butang, dihiris nipis 
1 labu bawang besar
2 sudu besar rempah kari
1/2 cawan potongan daun kucai
parutan keju cedar secukupnya 

Kastard
5 biji telur gred A 
200 ml susu cair 
2 camca teh tepung gandum 
1 camca teh gula 
1 camca teh garam


Cara-cara:-
1. Dalam bekas besar, satukan semua bahan2 kecuali bawang besar, rempah kari, daging, keju cedar dan bahan2 untuk kastard. 
Gaul rata dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau. 
3. Kemudian masukan daging dan kacau rata hingga daging masak
4. Tambahkan garam secukup rasa.
5. Kemudian masukkan makaroni dan bahan2 lain yg telah di satukan tadi dan gaul rata
Dalam bekas lain, satukan bahan-bahan utk kastard dan kacau rata menggunakan wisk. 
7. Tuangkan kastard kedalam makaroni tadi dan kacau hinga bergaul rata
8. Sediakan loyang untuk membakar.
9. Sapukan loyang dengan buter.
10. Panaskan oven pada suhu 180C
11. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang
12. Taburkan parutan keju
13. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak

Monday, January 29, 2018

RAGAM ANAK-ANAK

Doa terbaik untuk anak




Assalamualaikum,

Melihat kerenah anak-anak membuatkan kita rasa tenang dan bahagia. Masa berlalu begitu pantas dan melihat anak-anak membesar di depan mata merupakan suatu perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Semoga anak-anak ibu menjadi insan soleh dan solehah serta berjaya dunia dan akhirat.














Sunday, January 28, 2018

ROTI SOSEJ MELELEH




Assalamualaikum,

Hari ni saya nak kongsi roti sosej meleleh buat bekalan anak-anak ke sekolah...

Simple tapi sedap dan mengenyangkan. Ini aje yang sempat disediakan pepagi hari...



ROTI SOSEJ MELELEH

Bahan-bahan:

Roti putih - saya guna roti Gardenia
Frankfurter/sosej
Cheese

Cara-cara:

1. Sapukan dulang dengan mentega
2. Roti putih - sapu dengan mentega juga sedikit
3. Letakkan cheese diatas roti
4. Letak sosej & lipat dua roti.
5. Cucukkan hujung roti menggunakan lidi pendek (Pencolek gigi)
6. Bakar 15 minit dalam oven.



Image result for selamat mencuba


APAM PISANG




Assalamualaikum,

Hari ni nak kongsi resepi Apam Pisang.....resepi yang saya perolehi dari rakan blogger yang memang menjadi idola saya Yatiememories....mudah dan gebu sekali apam ni....
Sesuai untuk bekalan anak-anak dan saya sendiri....

Saya juga nak kongsikan khasiat yang kita perolehi dari pisang selepas resepi tu ye....moga bermanfaat.

Apam Pisang

Sumber: Yatie memories

Bahan-bahan :
  • 6 biji pisang emas/berangan (saya guna pisang berangan) 
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 3/4 cawan minyak jagung / minyak masak / mentega cair
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara2nya :
  1. Panaskan kukusan. Glis loyang dengan sedikit marjerin dan taburkan tepung. Ketepikan.
  2. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
  3. Lenyek pisang hingga hancur dan ketepikan dulu.
  4. Pukul telur dan gula dengan menggunakan whisk hingga gula hancur.
  5. Masukkan minyak dan sebatikan.
  6. Masukkan campuran tepung dan kacau rata.
  7. Masukkan pisang yang telah dilenyek tadi dan kacau hingga rata.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang.
  9. Sebelum kukus tu...pastikan tudung pengukus dibalut dengan kain untuk elakkan air menitik ke atas apam kita tu...
  10. Kukus dengan api sederhana selama 40 minit.





KHASIAT BUAH PISANG
Pisang amat baik untuk ibu mengandung kerana ia mampu untuk membantu perkembangan janin. Ini kerana kandungan nutrisi seperti kalium dan juga asid folat. Selain itu pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium.
Kaya Kandungan Vitamin Dan Serat
Pisang memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan vitamin A dibandingkan dengan buah epal. Pisang juga kaya akan kandungan potassium dengan kadar potassium mencapai 400mg di dalam pisang yang bersaiz sederhana. Oleh itu, pisang wajib digunakan untuk menjaga kesihatan jantung.
Sumber Tenaga
Kandungan karbohidrat yang terkandung dalam pisang dapat menjadi sumber tenaga untuk tubuh. Memakan 2 pisang sehari dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan menambah tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.
Image result for TERIMA KASIH

Saturday, January 20, 2018

STEAMBOT PANTAI



Assalamualaikum,

Hari ni saya masak steamboat aje untuk lunch atas permintaan anak-anak. Memang kami selalu makan steambot untuk makan tengahari. Anak-anak suka dan memang hidangan yang sihat serta mengenyangkan. Kali ni saya buat kuah sup sahaja...tetapi boleh aje if kita nak buat kuah tomyam ke atau apa2 kuah ikutlah citarasa memasing.