Sunday, January 28, 2018

APAM PISANG




Assalamualaikum,

Hari ni nak kongsi resepi Apam Pisang.....resepi yang saya perolehi dari rakan blogger yang memang menjadi idola saya Yatiememories....mudah dan gebu sekali apam ni....
Sesuai untuk bekalan anak-anak dan saya sendiri....

Saya juga nak kongsikan khasiat yang kita perolehi dari pisang selepas resepi tu ye....moga bermanfaat.

Apam Pisang

Sumber: Yatie memories

Bahan-bahan :
  • 6 biji pisang emas/berangan (saya guna pisang berangan) 
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 3/4 cawan minyak jagung / minyak masak / mentega cair
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara2nya :
  1. Panaskan kukusan. Glis loyang dengan sedikit marjerin dan taburkan tepung. Ketepikan.
  2. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
  3. Lenyek pisang hingga hancur dan ketepikan dulu.
  4. Pukul telur dan gula dengan menggunakan whisk hingga gula hancur.
  5. Masukkan minyak dan sebatikan.
  6. Masukkan campuran tepung dan kacau rata.
  7. Masukkan pisang yang telah dilenyek tadi dan kacau hingga rata.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang.
  9. Sebelum kukus tu...pastikan tudung pengukus dibalut dengan kain untuk elakkan air menitik ke atas apam kita tu...
  10. Kukus dengan api sederhana selama 40 minit.





KHASIAT BUAH PISANG
Pisang amat baik untuk ibu mengandung kerana ia mampu untuk membantu perkembangan janin. Ini kerana kandungan nutrisi seperti kalium dan juga asid folat. Selain itu pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium.
Kaya Kandungan Vitamin Dan Serat
Pisang memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan vitamin A dibandingkan dengan buah epal. Pisang juga kaya akan kandungan potassium dengan kadar potassium mencapai 400mg di dalam pisang yang bersaiz sederhana. Oleh itu, pisang wajib digunakan untuk menjaga kesihatan jantung.
Sumber Tenaga
Kandungan karbohidrat yang terkandung dalam pisang dapat menjadi sumber tenaga untuk tubuh. Memakan 2 pisang sehari dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan menambah tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.
Image result for TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment