Monday, January 29, 2018

RAGAM ANAK-ANAK

Doa terbaik untuk anak




Assalamualaikum,

Melihat kerenah anak-anak membuatkan kita rasa tenang dan bahagia. Masa berlalu begitu pantas dan melihat anak-anak membesar di depan mata merupakan suatu perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Semoga anak-anak ibu menjadi insan soleh dan solehah serta berjaya dunia dan akhirat.














Sunday, January 28, 2018

ROTI SOSEJ MELELEH




Assalamualaikum,

Hari ni saya nak kongsi roti sosej meleleh buat bekalan anak-anak ke sekolah...

Simple tapi sedap dan mengenyangkan. Ini aje yang sempat disediakan pepagi hari...



ROTI SOSEJ MELELEH

Bahan-bahan:

Roti putih - saya guna roti Gardenia
Frankfurter/sosej
Cheese

Cara-cara:

1. Sapukan dulang dengan mentega
2. Roti putih - sapu dengan mentega juga sedikit
3. Letakkan cheese diatas roti
4. Letak sosej & lipat dua roti.
5. Cucukkan hujung roti menggunakan lidi pendek (Pencolek gigi)
6. Bakar 15 minit dalam oven.



Image result for selamat mencuba


APAM PISANG




Assalamualaikum,

Hari ni nak kongsi resepi Apam Pisang.....resepi yang saya perolehi dari rakan blogger yang memang menjadi idola saya Yatiememories....mudah dan gebu sekali apam ni....
Sesuai untuk bekalan anak-anak dan saya sendiri....

Saya juga nak kongsikan khasiat yang kita perolehi dari pisang selepas resepi tu ye....moga bermanfaat.

Apam Pisang

Sumber: Yatie memories

Bahan-bahan :
  • 6 biji pisang emas/berangan (saya guna pisang berangan) 
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 3/4 cawan minyak jagung / minyak masak / mentega cair
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara2nya :
  1. Panaskan kukusan. Glis loyang dengan sedikit marjerin dan taburkan tepung. Ketepikan.
  2. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
  3. Lenyek pisang hingga hancur dan ketepikan dulu.
  4. Pukul telur dan gula dengan menggunakan whisk hingga gula hancur.
  5. Masukkan minyak dan sebatikan.
  6. Masukkan campuran tepung dan kacau rata.
  7. Masukkan pisang yang telah dilenyek tadi dan kacau hingga rata.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang.
  9. Sebelum kukus tu...pastikan tudung pengukus dibalut dengan kain untuk elakkan air menitik ke atas apam kita tu...
  10. Kukus dengan api sederhana selama 40 minit.





KHASIAT BUAH PISANG
Pisang amat baik untuk ibu mengandung kerana ia mampu untuk membantu perkembangan janin. Ini kerana kandungan nutrisi seperti kalium dan juga asid folat. Selain itu pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium.
Kaya Kandungan Vitamin Dan Serat
Pisang memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan vitamin A dibandingkan dengan buah epal. Pisang juga kaya akan kandungan potassium dengan kadar potassium mencapai 400mg di dalam pisang yang bersaiz sederhana. Oleh itu, pisang wajib digunakan untuk menjaga kesihatan jantung.
Sumber Tenaga
Kandungan karbohidrat yang terkandung dalam pisang dapat menjadi sumber tenaga untuk tubuh. Memakan 2 pisang sehari dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan menambah tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.
Image result for TERIMA KASIH

Saturday, January 20, 2018

STEAMBOT PANTAI



Assalamualaikum,

Hari ni saya masak steamboat aje untuk lunch atas permintaan anak-anak. Memang kami selalu makan steambot untuk makan tengahari. Anak-anak suka dan memang hidangan yang sihat serta mengenyangkan. Kali ni saya buat kuah sup sahaja...tetapi boleh aje if kita nak buat kuah tomyam ke atau apa2 kuah ikutlah citarasa memasing.

Tuesday, January 16, 2018

Majlis Graduasi Anak-anak Tersayang







Saya sekadar nak berkongsi kegembiraan atas kejayaan kami sekeluarga pada tahun 2017. Kami bertiga telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing dalam tahun yang sama. Yang paling awal bergraduat ialah anak kedua saya Nurnabila Husna binti Shahrin, diikuti oleh anak sulung saya Danial Hakim.



Nurnabila telah berjaya menamatkan kursus CAT di INTEC dengan mendapat keputusan cemerlang serta dianugerahkan CEO Award. Sekarang masih meneruskan pengajian untuk ACCA pula. Nabila mendapat tajaan oleh Yayasan Peneraju. Semoga akan terus cemerlang.



Nurnabila Husna bersama abangnya.


Oleh kerana tarikh konvokesyen Danial dan saya adalah pada hari yang sama.....so ayahnya dan Haziq yang menghadiri majlis konvokesyen Danial di UiTM Seri Iskandar.



Danial bersama Haziq.

Kami dalam Harian Metro

Kenangan Terindah

Berita mengenai saya dan anak-anak telah disiarkan dalam akhbar Harian Metro. Alhamdulillah kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang terindah buat saya sekeluarga.

Monday, January 15, 2018

MAJLIS KONVOKESYEN UM 2017


ISTIADAT KONVOKESYEN UM 2017


Alhamdulillah setelah 3 tahun berhempas pulas dengan pengajian....akhirnya pada tanggal 22 Oktober 2017 saya telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah secara rasminya. Syukur Ya Allah atas rezeki yang telah engkau kurniakan kepada hambamu ini.

Saya menghadiri majlis konvokesyen ini hanya bersama ayahanda tercinta Hj. Abdul Maulod bin Sharif dan anakanda tersayang iaitu Nabila. Suami dan anak-anak bujang yang lain menghadiri konvokesyen anakanda sulung saya iaitu Danial Hakim di Universiti Teknologi Mara, Kampus Seri Iskandar. Nak jadi cerita.....sama pulak tarikh konvokesyen kami berdua so kenalah kami sekeluarga sepakat untuk menghadiri kedua-dua majlis berasingan. 

Apa pun Alhamdulillah dan tahniah buat anakanda Danial Hakim bin Shahrin.







Tuesday, January 9, 2018

JERUK MANGGA



Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat juga saya membuat jeruk mangga asam boi pedas ni....
Sedapnya....
Terima kasih Asiah coz bagi mangga....Terima kasih Kak Mai coz ajar cara nak buat jeruk mangga yang sedap ni....
Selalunya Kak Mai yang bawa dan saya yang paling banyak makan....sedap...masam manis pedas....

JERUK MANGGA

2 biji mangga - buang kulit dan hiris nipis, celur sekejap dalam air panas
4 - 5 biji asam boi merah atau putih
sedikit gula
air

Campurkan kesemua bahan-bahan.
Gaul rata. Biarkan sekejap.
Boleh makan....

Monday, January 8, 2018

HAPPY BIRTHDAY CHILLA


HAPPY 20th BIRTHDAY NURNABILA HUSNA BINTI SHAHRIN....

Ayah, ibu, abang Nyel dan adik-adik mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 20 kepada Chilla. Semoga menjadi anak solehah, berjaya di dalam pelajaran dan cita-cita serta dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.

We love you very much....

Terasa cepat sangat masa berlalu.....










Sunday, January 7, 2018

HAPPY BIRTHDAY HAZIM




Happy 8th Birthday Muhammad Akmal Hazim. Semoga menjadi anak yang soleh, menghormati orang tua, berbudi pekerti mulia, berjaya dalam pelajaran, kerja dan kehidupan di dunia dan akhirat. 

We love you.